mY horoscope

16 oktober 2010 -tired BUT happy!

hari ni seperti yg dijanjikan..HEWI PERKEPIS nak buat rehlah..alaa..saje2 nk lepak2 ukhuwah antara muslimat =) he3..serius mmg dah lame dah x kua picnic..pengarah program, x lain x bukan..kak dijah la =) seawal 6.30 pagi dia mengambil aku d unimas n then nk g fetch hewi2 lain plak..asal nye nk bawak kak sumayyah n kak shafa sekali tpi diorang ade aktiviti lain yg telah d jadualkan d dalam tentatif lawatan diorang ; ke rumah ustaz suhardi edward :) well..nk wat camne..insyaAllah di masa yg lain ye akak2 sekalian =p 

rehlah ktorang disertai aku, kak dijah, aisyah, naomi, kak syikin, intan, kartika and ani = 8 orang :) aku suke aktiviti camni...selain dpt merehatkan minda melihat alam sekitar..alhamdulillah ukhuwah antara kami semakin akrab =) destinasi pilihan kami adalah kem permai..nk mandi kt kolam jer..kalo nk bakar kulit..bleh jer g mandi pantai..he3 :)

sampai jer sane..masing2 'kamboh'..excited sgt nk terjun kolam :) he3..

aku n NAOMI! - die tgh kumpul kad matriks ktorang..haha! kamboh~

berjalan-jalan - oh indahnya =)



kat blakang tue..khemah ktorang =) intan-kak syikin-AKU!

bersuka ria~ haha! aku x join diorang..malasss =p


makan jagung lagi best! =p


sume jeles tgk aku mkn..diorang join mkn sekali =)

fuh~ time makan2 nih..kak dijah pon ttba jer buang tebiat ajak berpantun..seyes aku x reti nk berpantun..'rtok tema pantun kta - pantun melayu sarawak! ' adoiii..dah la bahasa sarawak kpg aku x la expert sgt..tpi xpe..blom cube blom tau =)


ktorang mulakan dgn pembayang =p berikut adalah koleksi pantun2 ktorang..hahahaha (jgn gelak =p)


bagong bejalan di tepi jungke,
manok terusuk di dalam lubang,
kamek datang nak ngulo cangke,
sudikah ktk bang?

orang berenang rami-rami,
di sukut nun tang ada nya sorang,
ku eran kenak nya sik merami,
paduhal nilit anak dara urg!

main dango tepi jabe, 
tersingo2 orang berak,
mak nya dah sik tekabe,
nangga olah anak nya kedak kerak.

main dango tepi jabe,
tersingo2 orang berak,
begasak lagu aselehe,
nang betandak bagei nak rak.

pegi nekik gunung gading,
nekik nangga bunga raflesia,
sik lamak gik ada urg nk bersanding,
bila kta nak ke sia?

anak mak timah mala jak ngesep,
sik seda dirik kemaik,
duit aku mok di sep,
kelak sikda urg nk ngaik.

anak mak timah mala jak ngesep,
sik seda dirik kemaik,
mata aisyah terkesep2,
dahla entingal..ngegeh juak lagik

kak dijah dudok tercangok2, 
sambil ngerutis jerawat di pipi,
nangga aku makan alu tengok,
sik seda aek liur lileh di pipi.

itulah sedikit sebanyak pantun ktorang..hahaha! x sangka ktorang masih mahir bahasa melayu kampung..sbb jarang guna bila dok kt kuching..wuwu :( alhamdulillah..akulah anak jati sarawak..he3 =) neway..sume dah penat..perut pon dah kenyang..then packing sume barang..siap2 nak balik (=

tgh besiap2 nk balik..pose jap =)
ktorang balik then singgah lunch kat sugarbun. matang. fuh..aku dah addict ngn satu menu nih..ikan masak asam pedas! fuh~! superb..ti nk makan lagi la..hehe..


buat kak dijah-aisyah-kartika-ani-kak syikin-intan-naomi ~ thax for making my day! korang memang best! aku doakan ukhuwah kita akan bertambah erat..aminn ya Allah =)


2.30 ptg - sekretariat PERKEPIS,Gita


aktiviti aku yang seterusnya untuk hari ini adalah perjumpaan PKPIM bersama pimpinan PERKEPIS =)
ktorang lambat sampai..hahaha! bagus perangai..haha! neway, sampai jer kat sekretariat, abg abu kossim tengah berkongsi sedikit sebanyak mengenai perkembangan PKPIM..agak menarik..bergelar mahasiswa dan bergiat aktif dalam berpersatuan..respect la! inilah pelapis kepada kepimpinan negara kita nanti..insyaAllah =)


PERKEPIS pun x kurang hebatnya..terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang mantap kepimpinannya..alhamdulillah setakat ini kami telah banyak mengendalikan program2 yang berfaedah khususnya untuk pelajar sekolah menengah dan juga pelajar universiti =) memang tidak dinafikan..kesibukan nya memang sampai tahap tak tido malam..tapi demi untuk berbakti kepada masyarakat...semua itu tidak akan mematahkan semangat ktorang untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat =) sesuai dgn motto PERKEPIS : BERBAKTI UNTUK MASYARAKAT 


selesai tayangan video mengenai aktiviti PERKEPIS sepanjang tahun..majlis kami ditangguhkan oleh saudara zamri bali selaku pengerusi majlis.




muslimat =)
zyra-kak naz-naomi-aisyah-mimi-majidah-nora-kak syafa
AKU-kartika-kak sumayyah-kak syikin-kak dijah


4.00 ptg - Konti RTM Sarawak


kak syafa-AKU-kak dijah-kak sumayyah
bergambar kenangan =)




alhamdulillah..selesai =) seterusnya..ktorang ke konti RTM Sarawak =) kebetulan abang abuza on air..jadi peluang ini ktorang ambil untuk membawa wakil dari PKPIM ke sini untuk sama2 berkongsi dgn pendengar radio..mengenai penggunaan ICT masa kini =) 4.20 on air until 5pm..dalam slot apa 'apa kata orang muda' well, walaupun sekejap tetapi apa yang penting..ilmu yang dikongsikan oleh abang abuza dan abang kossim untuk para pendengar insyaAllah akan dijadikan iktibar serta panduan kepada pendengar tentang penggunaan ICT untuk saluran yang betul =)




di bilik tetamu =)


keadaan di dalam konti - abg abuza dan abg abu kossin tgh on air =)




bersama DJ apa kata orang muda - ji =)


sarawak fm - sehati sejiwa =)


abg abu kossim lega setelah selesai on air..


hahaha~ menyempat =p


5.30pm - Kek lapis mari!


kalau ke sarawak..memang tak sah kalau x beli kek lapis..memang terkenal sgt..sedap =) he3..ktorang bawak kak su n kak syafa 'raon2' kat sekitar bandar Kuching :) then amek perahu tambang ke seberang *kpg boyan* beli kek lapis -MIRA CAKE HOUSE- kek2 kat cni memang best! basah..hehehe..murah plak tuh..*promote cket* =p


tempat wajib bergambar d Kuching =)




9.00 mlm -  Ziarah ke rumah YDP ABIM Sarawak di Bandar baru Semariang


ustaz hasfa- YDP ABIM Sarawak..kunjungan kami di sambut mesra..kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara kami =) pelbagai perkara dibincangkan..terutamanya tentang sejauh mana persatuan islam di sarawak berkembang :) alhamdulillah..aku adalah golongan terpilih untuk sama2 mendengar dan berkongsi ilmu bersama2 mereka yang hebat2 belaka ini =p


11.00 mlm - bermalam di rumah Durie~


bermalam di rumah durie memang tidak dirancang..untuk berpatah balik ke unimas pada jam 11 mlm memang x manis..apatah lagi kak dijah yang sudah kepenatan..tak larat dah nk drive jaoh..haha! nak taknak..tpksa jugak bermalam kt umah durie sekali dengan kak su n kak syafa =) semua keperluan peribadi..haaaa! beli je la kt kedai berdekatan...he3..


muke sunburn~ penat!
PENAT! alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..syukur Ya Allah =)

No comments:

Post a Comment